Tuesday 15 November 2011

Berakhirnya WJC 2011

     Bermulanya latihan pusat pada 23/10/2011 hingga hari terakhir Badminton World Junior Championship pada 6/11/2011,menceritakan pelbagai pengalaman baru dalam karier baru ku.Latihan pusat yang hanya dijalankan selama 4 hari menceritakan pengalaman yang amat istimewa.Sebagai seorang jurulatih yang pada awal pembabitan hanyalah jurulatih peringkat daerah,kini memikul tanggungjawab jurulatih national junior lelaki Japan.Dalam waktu yang singkat,aku terpaksa memikirkan program terbaik untuk para pemain dalam meningkatkan prestasi menjelang WJC 2011 disamping mengelakkan dari sebarang kecederaan.

     Bermula dengan cabaran berpasukan hinggalah individu,secara peribadi aku amat berpuas hati dengan prestasi pemain.Gandingan bergu Koga Akira / Taichi Saito,menghadirkan gerun pasukan lain yang bertanding yang mana pasangan ini tidak digandingkan bersama untuk acara individu.Prestasi cemerlang Kaneko menewaskan pilihan 5/8 daripada India serta aksi cemerlang Inoue / Kaneko layak ke suku akhir dengan menewakan pilihan 5/8 daripada Belanda.Disamping kejayaan Momota Kento layak ke semifinal serta hampir-hampir menewaskan Bergu Juara Dunia Remaja pada peringkat suku akhir melengkapkan segala cerita.

     Dalam suka duka,persiapan serta semasa kejohanan,terselit juga pengalaman yang mungkin hanya insan yang pernah melaluinya,yang akan mengerti.Pada orang kebiasaan mungkin ianya dongeng mahu pun hanyalah mencari alasan.Lidah kelu tidak dapat menghabiskan ayat al-Falaq,ayat Kursi serta al-Fatihah semasa berada di gelanggang memerhatikan pemain didikan beraksi menceritakan bahawa Allah itu Maha Kaya.Tidak menuduh mahupun sebagainya.Tapi apakah maksud semuanya itu?Hanya Allah yang punya jawapan dan aku perlu mengakui masih jauh aku dari sisi Ilahi.







     Apa pun kenangan ini akan kekal selamanya.Pengalaman tahun pertama amat memberi makna dalam aku terus melangkah ke peringkat seterusnya walaupun ini adalah yang terakhir aku bersama skuad national junior.Buat keluarga,teman serta rakyat Malaysia,doakan kejayaan aku disini dalam memfokuskan kepada peningkatan prestasi pemain di Selatan Japan.Moga ada pemain dari Ehime yang akan mewakili Japan dan menjadi juara dunia remaja satu hari nanti..Sekian

6 comments:

  1. Salam buat tuan Izuan dari kejauhan di Malaysia. :)

    Alhamdulillah. Doa dan harapan tuan sudah termakbul kelmarin. Tahniah atas kejayaan Momota ke atas perseorangan Malaysia.

    Tentunya ia kemenangan yang cukup bermakna bagi tuan. Pasti banyak cerita suka duka yang tersirat di sebalik kemenangan tersebut. Allah Maha Mengetahui.


    Harapan saya, perkara ini mampu mengubah persepsi banyak pihak terhadap sukan badminton Malaysia secara khususnya, dari aspek kejurulatihan, pentadbiran, persatuan dan akhirnya pemilihan pemain kita.

    Terima kasih tuan. Tamparan hebat yang menghasilkan kesedaran ini amat -amat diperlukan. Orang atasan persatuan sukan di Malaysia sudah terlalu lama berada di zon selesa, tetapi tidak pemain-pemainnya.

    Selamat Maju Jaya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trima kasih tuan atas ucapan semangat tuan.moga bertemu kita di bumbung tanah melayu nanti

      Delete
  2. Sistem pengurusan BAM yang berat sebelah dan hanya mementingkan orang dalam. Saya rasa di luar sana masih banyak pemain yang lebih berpotensi tetapi tidak mendapat tempat kerana bukan orang dalam.

    ReplyDelete
  3. Tahniah cikgu...saya ada simpan sebuah reket yg saya beli dr cikgu izuan...semoga cikgu izuan berjaya di sana...tahniah cikgu izwan..

    ReplyDelete
  4. Congrates! Doa tuan sudah termakbul.. semoga terus cemerlang..

    ReplyDelete