Monday, 21 November 2011

Dari Fuyu ke Fuyu

Pejam celik makin hampir setahun aku di Negara Matahari Terbit.Datang pada pertengahan Fuyu ( musim sejuk dalam bahasa Japan ) hingga sekarang aku bertemu semula dengan Fuyu..Banyak yang aku pelajari dalam mengharungi dunia baru aku..Bagaimana persiapan untuk perubahan cuaca,bagaimana belajar untuk berkorban,belajar untuk membuat keputusan,bagaimana cara untuk beriteraksi dan bagaimana cara untuk memahami budaya hidup serta kerja di sini..

Walau dimana berada,kerja adalah kerja..Cuba untuk memahami konsep ini menjadi kesukaran buat beberapa insan yang akhirnya bertemu kegagalan..Alahmdulillah berkat doa,kata-kata perangsang setiap insan yang mengenali,membuatkan aku kini mampu berdiri untuk mengikut arus budaya di Japan..Tiada apa yang mustahil..Hanya keinginan dan kemahuan di samping tidak lupa perkara pokok yakni 5 tiang solat serta doa,mampu membuat aku serta umat Islam lain terus melangkah tanpa bingung pabila tiba dipersimpangan..

Apa pun,setiap insan punya impian,azam serta iltizam..Aku mohon dan berdoa agar aku dapat menghasilkan sesuatu yang bermakna buat Japan apabila tiba masanya nanti aku perlu melebarkan sayap untuk menuntut ilmu..

2 comments:

  1. Fuyu no toki taihen samui
    Demo chingin nga takai
    Okane nga ippai

    ReplyDelete
  2. Congrates!! Anda telah berikan ssuatu buat japan..

    ReplyDelete