Monday 21 November 2011

Bagaimana Malaysia Ingin Hebat Dalam Sukan....

Kombanwa..

Adakah anda bersetuju kemajuan sukan sesebuah negara bermula dengan peranan ibu bapa serta pendidikan?Bersetujukah anda sesebuah pasukan lebih berjaya kira punca kewangan dicari dengan usaha sendiri berbanding disalurkan oleh kerajaan?/Dan bersetujukah anda,seseorang atlit perlu melakukan sesuatu yang mustahil untuk menggapai puncak dunia?/

1 ) Situasi biasa yang sering didengar

Dalam menanam benih minat kanak-kanak untuk menjadi seperti pemain idola,pengenalan tentang sukan yang digemari perlu dititik beratkan..Di Malaysia,kebanyakkan kesedaran tentang sukan amat cetek."Abah.Orang nak main bola,nak jadi macam Safee Sali".."Alah.Tak payahlah.Bola bukan sampai ke mana pun.Baik belajar dapat 5A lagi bagus."Ini kebanyakkan dialog antara anak dan ibu bapa apabila anak kecil melontarkan minat yang mendalam.Tidak kurang hebatnya dengan suasana pendidikan.."Cikgu PJ : okay..saya nak kamu semua bawak pakaian sukan setiap kali watu PJ tidak kira hujan ataupun tidak".." Murid : maaf cikgu..ibu bapa saya tak izinkan.Bila PJ penat..tak boleh fokus pada pembelajaran."Persoalannya..kenapa PJ,Seni,Muzik,Kemahiran Hidup yang dianggap subjek tidak penting termaktub dalam sistem pendidikan?

Di Japan.."Ayah..saya nak jadi pemain badminton seperti Tago.".."Ayah ; Cikgu,saya hendak masukkan anak saya dalam kelab badminton sekolah.Sila beri tunjuk ajar cikgu."Dalam masa yang sama,si ibu bapa akan mencari inisiatif untuk memberi latihan tambahan kepada anak mereka dalam memajukan diri dalam badminton.Termasuklah,dengan pembacaan melalui laman web dan sebagainya.Anak kecil ini,akan terus mengenali badminton sejak dari Elementary School hinggalah peringkat University.

Moralnya disini.Peranan ibu bapa dan pendidikan adalah berkait rapat dalam memastikan sesebuah sukan atau sebagainya menjadi maju kehadapan.Inilah yang berlaku kepada Japan apabila pada masa dulu,Japan pernah dikalahkan Malaysia.Namun kini,apakah status Japan jika dibandingkan dengan Malaysia yang kini baru muncul kembali dipersada bola antarabangsa.Namun harus diingat,Japan kini lebih kuat berbanding Malaysia dalam badminton.Kita punya ada Lee Chong Wei.Tapi mereka punya kekuatan lelaki dan perempuan untuk acara berpasukan.

2 ) Kemudahan disedia kerajaan VS Berusaha mencari dana untuk memberi kemudahan :

Di Malaysia seperti yang kita tahu,kerajaan telah menyediakan infrastruktur yang serba lengkap dan canggih.Semuanya berpusat di Bukit Jalil.Dari aspek sekolah sukan,ISN,MSN serta tempat latihan yang serba lengkap yang tidak perlu dibayar,memberi kelebihan yang cukup bermakna buat seseorang atlit untuk berusaha menjadi atlit yang berkelas dunia.Tapi kenapa hasilnya tidak seberapa dengan kemudahan?Apa dan Siapa yang silap?/

Di Japan,semua atlit akan berkumpul di Ajinomoto Training Center dimana Japanese Olimpic Counsil dan sebagainya ditempatkan.Apa yang bezanya adalah,Ajinomoto menyediakan segala prasarana untuk kemudahan atlit.NAMUN,ianya bukanlah sesuatu yang percuma buat sesetengah pasukan.Sesebuah persatuan perlu membayar kepada Ajinomoto sepanjang latihan dijalankan di perkampungan atlit ini.Apa yang bezanya?/Kebanyakkan atlit2 disini,menggunakan sepenuhnya peluang yang ada semasa berada di pusat ini.Mereka akan melakukan latihan persendirian apabila tamatnya latihan rasmi.Mungkin ada atlit Malaysia yang lakukan perkara yang sama.

14 comments:

  1. ibu bapa sibuk cari duit yang tak pernah cukup-cukup...

    ReplyDelete
  2. blog ni da lame x update.... tuk bg lebih menarik post la skit tempat2 kat Jepun tu..

    ReplyDelete
  3. email pn dah tak aktif... try to email, but...
    huhuuh

    ReplyDelete
  4. Bunka nga chigaun
    Rekidhi mo chigaun

    ReplyDelete