Tuesday 27 September 2011

Japan vs Malaysia

KONNICHIWA..

Salam kepada semua..Tergerak dihati saya untuk melontarkan 1 topik yang mungkin memberi sedikit gambaran demi sebuah kesedaran..
  1 ) Malaysia pernah mengatasi Japan 3-0 pada satu masa dahulu.Tetapi kini??
  2 ) Malaysia pernah mengatasi Japan dengan mudah dalam sukan hoki..Tapi kini???
  3 ) Malaysia pernah mengatasi Japan dengan mudah dalam sukan badminton..Tapi kini??
  4 ) Malaysia merupakan kuasa dunia dalam Sepak Takraw..Namun kini,Japan menghampirinya??

Apa yang silap dan siapa yang perlu dipertanggungjawabkan??Seiring bidang saya,saya ingin menyentuh tentang badminton di Japan..Jika dilihat,badminton Japan belum maju seperti Malaysia..Tapi tahukah anda mereka sedang meningkat naik??Pengalaman saya melatih sekolah di Japan,seramai 40 orang setiap sesi latihan dan hampir separuh mampu digilap bakat..Itu baru sahaja sebuah sekolah..

Japan kini meningkat naik dalam sukan badminton HANYA dengan pembacaan artikel-artikel yang mampu meningkatkan prestasi pemain diperingkat sekolah serta kelab."Hanya Dengan Pembacaan Disusuli Usaha"..Manakala,guru disetiap sekolah memainkan peranan untuk menggilap bakat pemain..

Pada saya,negara kita punya sistem kesukanan yang baik berbanding Japan..Namun usaha serta iltizam pemain untuk maju,jauh berbeza dengan pemain ingin berjaya..Lee Chong Wei sentiasa berusaha gigih walau tanpa Misbun untuk mengekalkan prestasi..Nicol Ann David masih mampu mengekalkan puncak prestasi sehingga kini..

Harapan saya,agar sukan negara kita Malaysia akan terus maju dan bukan semakin mundur..Tahniah buat pasukan bola kerana kini semakin meningkat.Lupakan kekalahan kepada Japan kerana ianya permulaan buat negara kita..Selamat Maju Jaya Sukan Malaysia..

Sayonara..

5 comments:

  1. skrg THOMAS CUP milik JAPAN ..

    ReplyDelete
  2. betol... skrg kita perlukan golongan tajdid... golongan pembaharuan di negara kita ini.

    ReplyDelete
  3. Banyak yg kena main. Last2 semua kene gadai. Masing2 bila ada kuasa,mula lupa tanggungjawab.

    ReplyDelete
  4. Pembacaan artikel boleh meningkatkan kemajuan rupanya... hebat. Patutlah cikgu sukan kata murid yg cemerlang akedemik mudah dilatih dan kreatif ketika bersukan..

    ReplyDelete
  5. Yup..murid yg mempunyai minda yg cerdas akn kreatif ketika besukan krn mereka akn lbh pantas utk fikir taktik dan trick smasa bermain.. kajian menunjukkan hanya 30% skill yg dperlukan dlm permainan bola sepak dan70% lg adlah kekuatan mental..

    ReplyDelete