Saturday 24 September 2011

Aku Dan Badminton

Sejak aku lahir,tiada siapa tahu aku akan menjadi pemain badminton..Bermula dengan raket pendek,aku hanya menimbang shuttle plastik bila mana aku rajin..Bila aku berumur 8 tahun,aku selalu ikut ibu,p main badminton dengan kawan-kawan dia.Kak Aya polis guru pertama aku..Dia hanya ajar aku cara grip raket y betul..Namun ianya belum menimbulkan minat aku terhadap badminton.."Engkau budak kecik.pegi main kt luar sana"..Ayat dr seorang broder ni,membuatkan aku mula bermain badminton dek kerana dalam hati aku mula terdetik "engkau hina aku.tgu 1 hari nanti,aku nak lawan engkau,nak kalahkan engkau"..

Aku mula bermain untuk Negeri Kelantan pada umur 14 tahun..Terlalu lewat..Semasa aku berada dalam kelas 2 KM 2 ( bdk2 Tg Mas  je tau ),aku selalu tenung menara Telekom di Telipot.."1 hari nanti,aku akan bermain badminton di Dewan Badminton PBKN y terletak berhampiran dgn Menara Telekom Telipot.Berumur 18 tahun aku mula serius dengan badminton apabila menjalani latihan bersama Kelab Nusa Mahsuri tahun 2002..Walaupun masa aku bersama Nusa Mahsuri hanyalah singkat,tp cukup untuk buatkan aku MENCINTAI badminton..





3 tahun aku belajar di maktab dan selama 6 tahun aku mengajar,pelbagai kejayaan aku kecapi sebagai seorang pemain separuh masa serta sebagai jurulatih..Kejayaan itu mendorong aku mengisi borang untuk ke SSBJ..Rezeki Allah tiada siapa tahu..Aku ditawarkan menjadi jurulatih sebuah kelab di Japan melalui jurulatihku..Aku menerima kerana inilah KECINTAAN aku terhadap badminton..Hampir 2 bulan pertama,aku ditawarkan melatih pasukan National Junior Japan dengan tawaran kontrak selama 1 tahun..Atas nasihat jurulatih,aku menerima cabaran ini hinggakan seorang pemain jagaanku layak ke Semifinal Asia Junior,Lucknow India 2011..







KINI..disinilah aku..Berdiri bukan untuk megah..Tapi berdiri untuk meneruskan minat yang permulaannya bermula dengan 1 titik kebencian..Inilah mata pencarian halal ku..Apa yang pasti aku masih mengingati JANJI aku terhadap jurulatih ku.."Coach.Tak lama lagi Wan akan jadi cikgu..Wan janji akan melatih anak murid Wan agar menjadi pemain negara 1 hari nanti seperti mana Coach mengajar kami"..Sms pada tahun 2005,semasa aku dalam bus untuk menjalani latihan di balas dengan panggilan telefon oleh insan bergelar " Coach " dengan pesanan 'selamat maju jaya'..Cukup untuk buat aku sebak dan cukup untuk aku teruskan karier ini..

Coach..Terima Kasih atas peluang serta ruang ini..Wan akan belajar sebaik mungkin dengan Hamanaka sepanjang berada di sini insyaAllah..


13 comments:

  1. Beyeh boh. Kak sebagai warga guru, ore kelate n bloggers menyokong penuh cita2 murni cikgu wan tu. Samo2lah kito. Amin3

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...tuan insan terpilih...moga beroleh lbh byk kejayaan...amin ya rob.

    ReplyDelete
  3. Dalam bidang apa pon Malaysia sukar maju! Ini semua kerana kroni diutamakan rakyat disisihkan.

    ReplyDelete
  4. Pemain Jepun yang bergambar bertiga dengan madel masing-masing tu, Momota ke..?

    ReplyDelete
  5. bangga ambo sbg anok klate ... bawa balik anak murid cikgu ke klate agar mereka dijadikan ikon arena sukan khusus utk anak klate ....

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..bangga rasa bila dapat tau anak Malaysia jadi jurulatih Jepun.Moga BAM tak main politik lagi

    ReplyDelete
  7. salam,

    alhamdulillah. xkira mana pun awak pergi, tanah tumpah darah takpernah awak lupakan.

    tahniah! so proud of u.

    ReplyDelete
  8. Salam.. teruskan perjuangan utk mncapai cita2..

    ReplyDelete