Tuesday 27 September 2011

Japan vs Malaysia

KONNICHIWA..

Salam kepada semua..Tergerak dihati saya untuk melontarkan 1 topik yang mungkin memberi sedikit gambaran demi sebuah kesedaran..
  1 ) Malaysia pernah mengatasi Japan 3-0 pada satu masa dahulu.Tetapi kini??
  2 ) Malaysia pernah mengatasi Japan dengan mudah dalam sukan hoki..Tapi kini???
  3 ) Malaysia pernah mengatasi Japan dengan mudah dalam sukan badminton..Tapi kini??
  4 ) Malaysia merupakan kuasa dunia dalam Sepak Takraw..Namun kini,Japan menghampirinya??

Apa yang silap dan siapa yang perlu dipertanggungjawabkan??Seiring bidang saya,saya ingin menyentuh tentang badminton di Japan..Jika dilihat,badminton Japan belum maju seperti Malaysia..Tapi tahukah anda mereka sedang meningkat naik??Pengalaman saya melatih sekolah di Japan,seramai 40 orang setiap sesi latihan dan hampir separuh mampu digilap bakat..Itu baru sahaja sebuah sekolah..

Japan kini meningkat naik dalam sukan badminton HANYA dengan pembacaan artikel-artikel yang mampu meningkatkan prestasi pemain diperingkat sekolah serta kelab."Hanya Dengan Pembacaan Disusuli Usaha"..Manakala,guru disetiap sekolah memainkan peranan untuk menggilap bakat pemain..

Pada saya,negara kita punya sistem kesukanan yang baik berbanding Japan..Namun usaha serta iltizam pemain untuk maju,jauh berbeza dengan pemain ingin berjaya..Lee Chong Wei sentiasa berusaha gigih walau tanpa Misbun untuk mengekalkan prestasi..Nicol Ann David masih mampu mengekalkan puncak prestasi sehingga kini..

Harapan saya,agar sukan negara kita Malaysia akan terus maju dan bukan semakin mundur..Tahniah buat pasukan bola kerana kini semakin meningkat.Lupakan kekalahan kepada Japan kerana ianya permulaan buat negara kita..Selamat Maju Jaya Sukan Malaysia..

Sayonara..

Saturday 24 September 2011

Aku Dan Badminton

Sejak aku lahir,tiada siapa tahu aku akan menjadi pemain badminton..Bermula dengan raket pendek,aku hanya menimbang shuttle plastik bila mana aku rajin..Bila aku berumur 8 tahun,aku selalu ikut ibu,p main badminton dengan kawan-kawan dia.Kak Aya polis guru pertama aku..Dia hanya ajar aku cara grip raket y betul..Namun ianya belum menimbulkan minat aku terhadap badminton.."Engkau budak kecik.pegi main kt luar sana"..Ayat dr seorang broder ni,membuatkan aku mula bermain badminton dek kerana dalam hati aku mula terdetik "engkau hina aku.tgu 1 hari nanti,aku nak lawan engkau,nak kalahkan engkau"..

Aku mula bermain untuk Negeri Kelantan pada umur 14 tahun..Terlalu lewat..Semasa aku berada dalam kelas 2 KM 2 ( bdk2 Tg Mas  je tau ),aku selalu tenung menara Telekom di Telipot.."1 hari nanti,aku akan bermain badminton di Dewan Badminton PBKN y terletak berhampiran dgn Menara Telekom Telipot.Berumur 18 tahun aku mula serius dengan badminton apabila menjalani latihan bersama Kelab Nusa Mahsuri tahun 2002..Walaupun masa aku bersama Nusa Mahsuri hanyalah singkat,tp cukup untuk buatkan aku MENCINTAI badminton..





3 tahun aku belajar di maktab dan selama 6 tahun aku mengajar,pelbagai kejayaan aku kecapi sebagai seorang pemain separuh masa serta sebagai jurulatih..Kejayaan itu mendorong aku mengisi borang untuk ke SSBJ..Rezeki Allah tiada siapa tahu..Aku ditawarkan menjadi jurulatih sebuah kelab di Japan melalui jurulatihku..Aku menerima kerana inilah KECINTAAN aku terhadap badminton..Hampir 2 bulan pertama,aku ditawarkan melatih pasukan National Junior Japan dengan tawaran kontrak selama 1 tahun..Atas nasihat jurulatih,aku menerima cabaran ini hinggakan seorang pemain jagaanku layak ke Semifinal Asia Junior,Lucknow India 2011..







KINI..disinilah aku..Berdiri bukan untuk megah..Tapi berdiri untuk meneruskan minat yang permulaannya bermula dengan 1 titik kebencian..Inilah mata pencarian halal ku..Apa yang pasti aku masih mengingati JANJI aku terhadap jurulatih ku.."Coach.Tak lama lagi Wan akan jadi cikgu..Wan janji akan melatih anak murid Wan agar menjadi pemain negara 1 hari nanti seperti mana Coach mengajar kami"..Sms pada tahun 2005,semasa aku dalam bus untuk menjalani latihan di balas dengan panggilan telefon oleh insan bergelar " Coach " dengan pesanan 'selamat maju jaya'..Cukup untuk buat aku sebak dan cukup untuk aku teruskan karier ini..

Coach..Terima Kasih atas peluang serta ruang ini..Wan akan belajar sebaik mungkin dengan Hamanaka sepanjang berada di sini insyaAllah..


Siapa Yang Silap..Pemain,Jurulatih atau Persatuan BAM ???

Sejak kebelakangan ini,kemelut Persatuan Badminton Malaysia belum ada titik kesudahannya.Pelan terbaru menjadi asas pertimbangan BAM bagi mencapai pingat emas pertama Olimpik negara di London 2012..Namun,wajarkah ianya di asaskan bila Olimpik kini tinggal hanya tidak sampai setahun??Tan Sri Elyas semasa menjadi Presiden BAM,mengambil masa 3-4 tahun untuk membawa pulang Piala Thomas 1992..Kini,dengan pelbagai masalah yang timbul,persoalan yang belum punya jawapan yang jelas untuk rakyat,SIAPA yang perlu kita persalahkan?? ( Misbun Sidek yang meletakkan jawatan? ).. ( Rexy kerana kegagalan Koo/Tan di Kejohanan Dunia ).. ( Koo/Tan yang memulaukan sesi latihan )..( Persatuan Badminton Malaysia yang kita tidak jelas siapa sebenarnya memainkan peranan dalam persatuan )..Pandangan anda amat diperlukan..